fbpx

TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG
NCW MUSANG KING

NeWays Century (M) Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan singkatan NWC dengan no pendaftarannya (1241472-H) adalah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 2017. NWC telah diperbadankan pada November 2017 dan syarikat ini adalah sebuah syarikat milikan tunggal. Alamat berdaftar NeWays Century (M) Sdn Bhd ialah No 26C, Tingkat 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah D9/9 Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

NeWays Century (M) Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan menjalankan perniagaan didalam bidang pertanian khususnya perladangan Durian Musang King. Salah satu daripada strategi yang telah digunakan untuk memperkembangkan ekonomi syarikat ialah dengan membangunkan satu projek usahasama bersama orang ramai yang berminat untuk menjadi usahawan Musang King.

Projek yang dirangka oleh syarikat NWC ini adalah satu-satunya di negeri Sabah. NWC membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama menjadi usahawan atau pemilik ladang durian Musang King. Pemilik pokok tidak perlu memikirkan bagaimana proses penanaman, penjagaan, tuaian dan keselamatan ini kerana semua itu adalah 100% tanggungjawab syarikat NWC. Pemilik pokok hanya perlu menunggu hasil sahaja. Pemilik pokok dan Pihak syarikat NWC akan menandatangani perjanjian bertulis selama 25 tahun untuk Projek usahasama ini.

Projek usahasama ini akan melalui 3 fasa yang telah dirancang, Projek Fasa 1 telah dirasmikan Pada 17 Mac 2019, sebidang tanah seluas 20 ekar di Kg Kelatuan yang terletak di daerah Papar, Sabah dipilih sebagai lokasi untuk membangunkan projek fasa 1 ini. Majlis Pecah Tanah dan perasmian ladang telah disempurnakan oleh YB Dato Aidi Bin Mokhtar, ADUN Pantai Manis dan juga merangkap Menteri Undang-undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

PIHAK PENGURUSAN

Hafizan Mokhtar

PENGARAH

KENNY Pang

PENGARAH

Manson Pang

PENGARAH

PENGURUS PROJEK

PENASIHAT

Hafizan Mokhtar

PENGARAH

Manson Pang

PENGARAH

PENGURUS PROJEK

PENASIHAT

MISI DAN VISI

MISI

Menjadi syarikat pengeluar Durian Musang King secara besar-besaran dalam masa 10 tahun akan datang dan menjadi pengekspot Buah Durian Musang King Keseluruh Negara Asia Tenggara antaranya Singapura, Australia, China, Hong Kong, taiwan, Thailand & Indonesia. Syarikat akan membina Homesatay atau Mini Resort yang berkonsep suasana ladang untuk menjadikan Durian Musang King Sebagai tarikan utama pelancong 

VISI

Pengeluar buah Durian Musang King No. 1 dimalaysia

NWC Agro Farm Resort

  Cadangan mewujudkan NWC Agro Farm Resort ini merupakan langkah paling sesuai untuk menyahut seruan kerajaan bagi memajukan sektor pelancongan berasaskan pertanian. Potensi besar yang ada di bidang pelancongan tani ini wajar dikembangkan untuk memberikan manfaat bukan sahaja kepada tuan punya tanah / kolam malahan boleh membantu menambahkan pendapatan penduduk di daerah Papar sendiri.

Aktiviti pertanian dan kebudayaan yang bakal dilaksanakan oleh NWC Agro Farm Resort dengan kerjasama masyarakat setempat akan diperkenalkan sebagai salah satu produk pelancongan di sini. Secara tidak langsung, daerah Papar akan dapat diperkenalkan di peringkat kebangsaan malahan mungkin juga di peringkat antarabangsa.

Dengan sokongan Jabatan Pertanian Negeri Sabah dan kepakaran NWC Agro Farm Resort dalam menguruskan aktiviti pelancongan tani ini, adalah dijangkakan projek ini mampu memberikan pulangan kepada semua pihak yang terlibat.

FASA 1

Fasa pertama melibatkan penanaman Durian Musang King sebanyak 500 pokok di atas tanah seluas 20 ekar dengan infrastruktur penting agar ianya dapat beroperasi dengan serta merta. Dengan bantuan promosi yang berkesan, NWC Plantation sudah boleh menawarkan beberapa program / pakej yang boleh memenuhi kehendak pelanggan.

FASA 2

Menanam pokok durian Musang King sebanyak 15 ribu pokok di atas tanah seluas 400 ekar dan membina sebuah resort/chalet di atas tanah seluas 50 ekar, dan menanam pokok buah-buahan tempatan seluas 50 ekar. Melakukan kerja-kerja landscaping Membaik pulih kawasan sekitarnya dan menggiatkan aktiviti ternakan ikan kolam dengan memilih spesis ikan tertentu untuk diternak secara komersial. Seterusnya aktiviti memancing di kolam ikan air tawar dapat dilakukan.

Fasa Kedua boleh dilaksanakan selepas tamat Fasa Pertama atau boleh juga dilaksanakan di pertengahan perlaksanaan Fasa Pertama. Ini akan memberikan sedikit masa untuk NWC Agro Farm Resort bertapak dan membina identitinya. Jangka masa yang agak panjang mungkin diperlukan bagi menentukan siap sepenuhnya Projek NWC Agro Farm Resort dengan kemudahan yang serba lengkap.

FASA 3

Untuk mencari sebidang tanah seluas 1000 ekar untuk penanaman pokok durian Musang King sebanyak 37 ribu pokok dan juga sebuah kilang untuk memproses pas durian untuk di ekspot.

Alamat :

IBUPEJABAT :

No. 10 Level 11, Blok B
Pusat Dagangan Phileo Damansara 2
Jalan 16/11, Seksyen 16
46350 Petaling Jaya,
Selangor

CAWANGAN SABAH :

Lot No. J-60-2, 2nd Floor,
Block J, Signature Office,
KK Times Square Coastal Highway 
88100 Kota Kinabalu Sabah

Email :
newayscentury@gmail.com

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami dengan mengisi ruang dibawah

Copyrights reserved © 2019 NWCMUSANGKING |
Designed by Peneraju Media